Photobucket

Wednesday 26 December 2012

ku bahagia

Alhamdulillah majlis perkahwinan kami telah berjalan dengan lancar.kini..dengan rasminya aku telah bergelar sebagai PUAN. Genap 45 hari aku telah menyandang gelaran itu. impian kami telah menjadi kenyataan.bersatu menempuh suka duka kehidupan bersama-sama.

kupanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana telah melimpahkan kebahagiaan kepada kami.kebahagian yang tak dapat dirasa sewaktu bercinta..namun dapat dikecapi apabila memiliki insan yang disayangi secara sah. rezeki yang datang kepada kami juga bertambah,kasih sayamg juga semakin bertambah-tambah.sungguh tak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata akan kebahagiaan yang diberikan ini.

doaku semoga kebahagiaan ini sentiasa dirahmati..SAYA SAYANG KAMU WAHAI SUAMIKU..









wait for the next story k :-)

~~masa yang menentukan segalanya~~

Friday 9 November 2012

risau

ya allah ya tuhanku
sungguh aku tak tahu apa perasaanku sekarang ini
takut dan berdebar-debar
di kala ini aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata
memikirkan hari hari mendatang
kerisauan di hatiku bermaharajalela
sungguh aku takut untuk saat itu
semoga semuanya dippermudahkan olehnya

~~masa yang menentukan segalanya~~

Tuesday 30 October 2012

convo terakhir

actually cerita ini cerita da basi.sudah melewati beberapa bulan yang lepas.alkisahnya apabila aku menghadirkan diri pada hari penganugerahan konvokesyen aku di UiTM. degree (BBA Hons Marketing.)
konvo ke-2 aku dan mungkin yang terakhir. becoz aku dah tak sambung belajar.da tak larat nak sambung master dan menelaah buku yang selambak lagi..hehe

inilah aku time berbaris untuk masuk ke dewan.nampak mcm nebes x?

keluar dari dewan..encik tunang hanya bagi sekuntum bunga sebagai tanda tahniah untukku


photo time :-)


with encik tunang

tadaaa..rupanya dia nak bg surprise untuk aku..nampak x..ada 1 set bear  & flower..hehe..ciwi sangat

with best student aku punyer course aka my best frend n roomate

best frend juga..cik leha..& now da jadi isteri mr acap:-)

rakan-rakan seperjuangan


selesai konvo lebih kurang pukul 1.00 ptg..thanks alots to my hubby & bakal mak mertuaku kerana sanggup datang dari jauh menemankan aku di hari kegemilangan aku.

sekarang masing-masing sudah mempunyai kerjaya..tahniah buat kita semua
saya akan selalu merindui kalian semua

~~masa yang menentukan segalanya~~

Monday 29 October 2012

takut kucing






meow..meow..meow..
sape la yang tak sukakan binatang yang comel dan manja ni kan, apatah lagi bila melihat bulunya yang lebat keputih-putihan atau kecoklatan..comellll sangat.

suatu ketika dulu aku sukakan akan binatang ini, selalu kuberi makan.pantang sangat jika aku turun ke dapur rumahku pasti dia akan membelit di kakiku.sehingga naik rimas aku dibuatnya.tapi itu semua cerita zaman dulu.sewaktu aku masih bersekolah dan kadang-kadang balik ke rumah pada hujung minggu.almaklumlah aku seorang yang sangat berdikari since sekolah rendah lagi means stay dekat hostel:-)

tapi semua itu cerita zaman kanak-kanak.sampailah suatu ketika, kawan-kawanku suka mengejutkan aku dengan kucing-kucing,mereka  suka  meletakkan kucing kat atas aku.walaupun aku suka akan kucing,tapi aku xderlah sampai nak peluk,cium,mandikan kucing serta tidur sekali dengannya.cukuplah sekadar aku memberi makan jer untuk binatang yang bernama kucing itu. aku juga selalu ingat pesan arwah ayahku supaya jangan mandikan kucing kerana takut lemas. actually kucing sangat takut akan air.then disebabkan aku selalu dikejutkan dengan kucing-kucing itu, aku mula menjadi takut dengan kucing. sehinggalah pada suatu hari ketika aku sedang menikmati makanan tengahariku di dewan makan, seokor kucing melompat ke atas ribaku. cuba teka apa reaksi aku.

dengan secara spontannya aku berdiri dan menjerit sekuat hati di dalam dewan makan yang penuh dengan pelajar perempuan dan pelajar lelaki. owhh betapa malunya aku ketika itu.tak taw nak sorokkan ke mana lagi muka aku ni. merah padam muka aku.malu lagi bila aku digelakkan oleh diorang semua.

sampailah sekarang aku telah menjadi fobia dengan kucing. fobia dengan binatang yang comel itu.selagi aku boleh elakkan dengan binatang itu akan aku elakkan,even jika tengah makan dan binatang itu duduk di kakiku, sanggup aku duduk bersila di atas kerusi.yang pasti ketika dan waktu itu hatiku tidak senang dan tidak tenang untuk makan. yang paling teruk sekali aku sampai boleh menangis jika terkejut dengan  kehadiran si kucing itu. yang paling terbaru menangis di depan encik tunang, abangnya serta bakal mertuaku. semua tu gara-gara tunang aku yang mengejutkan aku dengan menyentuh kakinya ke arahku yang kusangkakan itu adalah sekumpulan kucing yang sedang bermain di bawah tempat dudukku.


**musykil kenapa binatang itu suka akan aku**



~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 18 October 2012

mau balik kampung


yeay x sabarnye nak tunggu esok, nak balik kampung dengan si dia lak tu.
nak menyetelkan perkarayang tertunggak dekat kampung.
inilah cabarannya apabila bekerja jauh dari kampung.
nak menyelesaikan satu-satu hat tu sangatlah susah.
tapi alhamdulillah sedikit sebanyak urusanku telah dipermudahkan dengan pertolongan dari perlbagai pihak..

anyway, doakan keselamatan saya pergi dan balik dari kampung ye..i'm soooo excited

~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 11 October 2012

next step..mengagihkan kad jemputan

alhamdulillah, kad jemputan telah siap di print, dan dilipat,

sekarang masanya mengagih-ngagihkan kad jemputan perkahwinan kami kepada saudara mara serta sahabat handai,

buat sahabatku, janganlah segan silu mengirimkan alamatmu kepadaku, almaklumla, kita semua berjauhan., masing-masing telah berpindah-randah.

semoga semua jemputan dapat menghadirkan diri, jika tiada sebarang halangan sampaila mereka ke teratak kami.

semoga smeuanya akan terus berjalan lancar..doakan kesejahteraan kami yer:-D





~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 4 October 2012

whishlist 1

doaku.....
ku doakan semoga hanya perkara yang baik-baik berlaku kepada kami
semoga kami dijauhkan dari perkara-perkara buruk
semoga semua urusan kami dipermudahkan
semoga majlis ini menjadi kenangan terindah dalam hidupku
semoga majlis meraikan cinta ini dirahmati
semoga semuanya gembira pada hari itu
semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga

yang penting semoga aku, dia serta kamu-kamu sekalian dirahmati olehnya.AMIN



~~masa yang menentukan segalanya~~

Tuesday 2 October 2012

persiapan terakhir

salam you all..
pejam celik-pejam celik tinggal lebih kurang sebulan lagi aku akan menempuhi kehidupan baru. yup aku akan bergelar sebagai seorang isteri..bergelar puan:-)

perasaan aku sekarang ni bercampur baur. berasa takut, berasa gembira, berasa tak sabar,kelam kabut, semuanya ada. tapi alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar walaupun banyak sangat masalah yang timbul.almaklumla event yang akan berlansung memerlukan kerjasama dari banyak pihak.apatah lagi dari segi wang ringgit, serta kerahan tenaga dan pertolongan dari ahli keluarga.

so setakat ini kad telah siap diprint dan insyaallah tak lama lagi akan diedarkan kepada kawan-kawan serta saudara-mara.baju ku aka dress untuk akad nikah serta baju melayu untuk encik tunang sudahpun siap dan telah ada bersama dengan aku. bekas-bekas hantaran pula sudah siap di hias.cuma nanti just tambah barang-barang yang hendak diberikan kepada pasangan sahaja.bunga telur serta bekas2 untuk doorgift juga telah aku beli.

nanti tak perlu nak pakai eksosori banyak2

full-koleksi baju:-)

insyaallah semua barang-barang itu akan ku hantar pulang ke kampung bersama dengan borang nikah.so ku anggapkan 80% perisapan untuk majlisku sudah siap.cuma hanya menunggu masa aku untuk pulang ke kampung untuk menyelesaikan beberap perkara lagi.hopefully semuanya akan berjalan dengan baik.

**next entry: testing baju bersama si dia:-D

~~masa yang menentukan segalanya~~

Friday 21 September 2012

tumpang glamour ker:-D

18.09.2012


wahai kawan-kawan,cuba kamu lihat baik-baik gambar siapa yang terpampang dalam newspaper china tu.jeng-jeng-jeng, tak lain dan tak bukan, tunangku yang tersayang la kan..hehe.cuba teka yang mana satu dia..ha.kenal x?

betapa gembiranya si dia bila dapat tengok wajah dia dalam paper tu, senyum sampai ke telinga.hehe.aku'p tumpang gembira bila dapat tengok dia tersenyum je.terubat sikit penat lelahnya berulang alik tuk selesaikan kerja tu.apa taknya bila dapat promotion free..hehe..

takpe sayang, kita simpan gambar ni kat sini yer. nanti bila-bila free bolehla tengok muka sayang kat sini.takpun nanti kita potong berita tu masukkan dalam album.tataplah puas-puas dan tunjuk kat anak cucu kita nanti..bukti yang sayang kerja kuat..pastu cerita la sikit-sikit tentang yang tertulis kat paper tu.even kita senri'p tak faham apa yang reporter tu tulis..haha.

psstt..then after this kena kerja keras lagi la yer sayang.





~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 20 September 2012

orang mau kahwin,aku pun nak kahwin juga..

assalamualaikum u allss..

dah lama sangat aku x menghapdate blog ni, hati meronta-ronta nak meluahkan isi hati tp jari-jemari ni malas untuk menekan papan kekunci lappy ni..so..xadala entry-entry untuk blog ni,

ermm..lately ni diri tersangat busy dengan kerja dan hal-hal menguruskan perkahwinan.terasa macam banyak lagi perkara yang tak terbuat..owh..hopefully semuanya dapat settle.thanks to encik tunang coz dia yang banyak push aku buat ini dan buat itu.nak harapkan aku?nampak gayanya esok nak kenduri,hari ini baru nk kelam kabut nak buat semua..heee..sowi encik tunang.coz menyusahkan..mesti dia stress sangat-sangat dengan aku.almaklumla bila ditanya benda tu dah di buat or belum?jawapan aku semuanya belum..heeee

but..alahamdulillah semua yang penting dah settlle.waima kursus kahwin, ujian HIV juga da setle.tunggu borang kahwin dari pihaknya siap diproses,barulah aku boleh menyerahkan borang kahwin aku di pejabat agama daerah hulu terengganu.

buat bakal-bakal pengantin di luar sana,janganlah tiru macam aku.tak tahu apa yang hendak di buat  dan nak buat kerja last minit.nasib baik aku masih ada masa dalam sebulan lebih lagi.hheee..doakan aku semoga semuanya berjalan lancar yer kawan-kawan:-)



~~masa yang menentukan segalanya~~

Sunday 2 September 2012

for the rest of my love

lagu ini ditujukan untukmu syg.ini adalah lagu kita.lagu ketika kita hangat di lamun cinta:-)

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally



~~masa yang menentukan segalanya~~

i love u

i love him
i love him
i love him
no other words can i say except that word to you.
u are so meaningfull to me
thanks God coz he meets us

chewah..tiba-tiba merapu dalam BI plak.ntah betul ke tidak.
apapun aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Si dia.
walaupun apa jua rintangan yang kita hadapi sekarang, semuanya adalah dugaan yang mematangkan usia kita.
insyaallah tak lama lagi kita akan bersama
disatukan dengan ikatan yang sah.
semoga kita bahagia hingga ke syurga



~~masa yang menentukan segalanya~~

Sunday 12 August 2012

Biarkan AIr mAtA Ini MEnGaLiR lAgi....

biarlah ianya mengalir hanya keranaMu ya Allah..
saat hati ini rapuh...

Kuatkanlah ianya dengan peringatan dariMu ya Allah melalui kalamMu yang tidak pernah berdusta...
saat aku kesunyian sendirian,

Engkaulah teman paling hampir...
yang dapat ku adukan segala resah hati kecilku....
saat aku kelelahan kerana kelemahan diri yang tak mampu aku atasi..

Kau setia mengingatkan aku bahawasanya segalanya adalah kekuasaanMu dan bukan kekuasaan aku..
aku hanya berusaha dan Kau yang menentukan segalanya...
kerana segala-galanya tertakluk pada kehendakMu jua...

Dan biarkan air mata ini terus mengalir membasahi sejadah iman..
agar aku sedar Kau adalah teman sejati tika suka dan dukaku..
.kerana KAU KEKASIH ABADIKU....

ALLAH HU RABBI....INNAMA ASYKU BASSI WA HUZNI ILA ALLAH...
~~masa yang menentukan segalanya~~

Bicara hati

bila diri tak terpujuk lagi...
bila airmata hanya mampu mengalir...
bila pena hanya mampu melakarkan suara yang berlagu sendu..

Hanya padaMu tempat aku meluahkan rasa hati ini...
Ku tatap, ku baca bait-bait cinta yang tak pernah dusta...
ternyata air mata membasahi pipi..
kerana aku benar-benar hamba yang tak punya apa-apa...
hanya mampu berteduh direndang kasihMu..
mengharap belas dan ihsanMu dalam segenap keadaan dan situasi..
aku lemah Ya Allah...
aku hina Ya Allah...
namun aku mengharap agar rahmat kasih sayangMu mengatasi segalanya...

Cukupkanlah aku dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku..
jadikan kecintaan kepadaMu lebih aku cintai dari apa-apa yang ada di dunia ini..
jadikan kembali kepadaMu cukup aku nantikan dengan persiapan rapi..agar ianya menjadi satu pertemuan yang Kau nantikan...

Jangan Kau hina aku dengan kelemahan ini ya Allah..
tapi bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa mengingati Engkau dalam segenap ruang kehidupan ini..

bantulah aku ya Allah..untuk meraih cintaMu..cinta abadi buat insan dalam mencari damai yang hilang...


~~masa yang menentukan segalanya~~

Saturday 11 August 2012

berpuasa sorang-sorang

bermulalah alkisahku untuk berpuasa dan berbuka puasa seorang diri selama seminggu, ini di sebabkan encik tunang telah pergi manjalankan tugasnya di port Klang.huhu..

malam tadi mendapat berita yang dia terpaksa pergi ke KL tu ptg esok (bermakna ptg td selepas zohor).
tinggallah aku seorang diri di Teluk Intan ini.terkontang-kanting meneruskan hidup. Sedihnya rasa.Terpaksa ditinggalkan selama 2 minggu, Selama 2 bulan lebih aku di bumi teluk intan ini, aku sentiasa ditemani olehnya ketika hendak ke mana-mana.tapi bermula hari ini, aku terpaksa menongkah arus seorang diri.

pesannya,belajarlah untuk selalu ditinggalkan.huhu.ini semua adalah untuk memenuhi tugasnya sebagai seorang kastam.aku redha.

semoga dia selamat pergi dan balik.selamat berpuasa dan selamat hari raya.khas ditujukan buat dirinya.insan yang aku sayang

~~masa yang menentukan segalanya~~

Friday 10 August 2012

ditinggalkan keseorangan

sedihnya bila mengenangkan hari ini hari last aku dapat berbuka dengan dengan encik tunang padahal tinggal lagi seminggu lagi untuk kita berpuasa.yang paling sedihnya, bila aku nak balik beraya di kampung,si dia pun tak ada untuk menghantar aku.

hmm tadi kami berbuka di MacD Teluk Intan, encik tunang yang belanja. untunglah..murah rezeki bulan-bulan pose ni yer..hehe. semalam pun sama, kami berbuka kat luar beramai-ramai on da way menuju ke Sungai besar untuk bershopping.Encik tunang dah warning kat aku, kalau tak jumpa juga baju raya, tak tahulah nak cakap apa lagi  kat aku.aku'p just sengih saja lah.

so berpusing-pusing dan melilau jelah kerjanya aku di gerbang malam sungai besar tu.kadang-kadang aku melarikan diri dari cik tunang untuk melihat sendiri baju-baju yang bersusun dari gerai ke gerai.lagi'p aku segan la juga dengan kawan-kawan dia.segan untuk memilih.hehe.a;hamdulillah dapat juga sehelai baju untuk aku.tapi nak kena cari lagi 2 pasang.1 lagi untuk aku, 1 lagi untuk emak aku.tapi terpaksa cari di gerbang malam teluk intan jela

tiba-tiba dapat kol dari encik tunang yang dia x jadi pergi operasi esok dan ditunda ke hari ahad.hepinya aku kerana dapat spend 1 hari lagi bersama si dia..yea yea.so waktu sedih untuk hari ni terpaksa ditunda ke hari esok:-P

~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 9 August 2012

raya oh raya

pejam celik-pejam celik, da nak habis sebulan umat islam berpuasa. betapa cepatnya masa berlalu.bila puasa dah nak habis, bunyi mercun berdentum di sana-sini, rumah-rumah diterangi lampu lip-lap, dan radio serta television mengeluarkan cerita serta memainkan lagu raya, orang ramai juga sibuk membuat persediaan raya.

tapi aku?
lansung tak ada apa-apa untuk persediaan raya,even cuti untuk rayapun belum lagi diluluskan.semua keperluan raya aku juga belum lagi dibeli.tak seperti tahun-tahun lepas.paling-paling kurangpun mesti ada 2 pasang baju raya.tapi raya kali ini macam tak bermakna langsung. tak bersemangat.baju raya tak ada,kasut raya tak ada,tudung raya tak ada, kuih raya'p x buat.boleh dikatakan semuanya tak ada lah.

hasilnya carian last-last minit di pasar lambak dekat menara condong teluk intan ni.tapi, dalam banyak-banyak baju yang dijual dan digantungkan dan dipamerkan pada patung-patung tidak menarik perhatian aku.susah sangat untuk aku memilih dan membeli.aku sendiripun tak tahu baju colour apa yang aku nak atau design mana yang aku suka.bila aku da berkenan pulak, si dia pulak yang tak suka.terpaksa aku mengalah.betapa sukarnya untuk aku membuat pilihan.

Friday 3 August 2012

obat merajuk

alhamdulillah,hubungan kami kembali ok.bergelak ketawa bersama-sama setelah satu hari aku merajuk.
hehe..pandai juga encik tunang ku memujuk,bawak aku pergi berbuka puasa bersama-sama dan bershopping..hehe.

tapi macam tak percaya saja bila si dia sanggup melayan lagu melayu untuk post dekat aku. sebagai tanda dia pun bersedih sama..hehe..sweet lah darling aku tu..

jom kita hayati lirik lagu itu.walaupun muziknya sedikit rock, tapi liriknya penuh dengan pujuk rayu..layanzzz...

Makbulkan doaku Ya Tuhan

Ya Allah ya Tuhanku,
engkau berikanlah aku seorang lelaki yang benar-benar menyayangi aku,
seorang lelaki yang memahami aku,
seorang lelaki yang boleh menerima aku seadanya aku,
jika benar dia adalah jodoh aku,
engkau jauhilah kami dari sengketa,
jika dia tidak ditetapkan untuk aku,
engkau jauhilah kami dengan jalan terbaikmu.
engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku,
ku pohon kepadamu Ya Allah.
Engkau tunjkkanlah aku jalan itu.

Thursday 2 August 2012

1 petang di bulan puasa



teringin sangat nak upload ke dua-dua gambar ni.bukannya apa.ni semua disebabkan aku dan dia dah lama x ambil gambar bersama-sama.so ni pun leh juga dijadikan sebagai kenangan.erm dulu kalaula diingatkan waktu tengah rancak bercinta,anytime and anywhere,mesti nak posing berdua nak bergambar,tapi sekarang nak kena ajak dan muncung-muncung sikit baru lah boleh bergambar berdua..hehe..

so gambar di atas ialah ketika kami tengah menunggu waktu berbuka puasa.setelah menempah meja dan makanan di kedai untik berbuka puasa,kami pergi ke bazar untuk membeli roti john.selepas itu kami melepak di jeti melihat penduduk berulang alik menaiki bot.teringin rasanya nak naik bot itu tp apabila memikirkan bot itu penuh dengan penumpang bersama dengan motosikal dan barang masing-masing, so niat hati terpaksa di batalkan.hehe..

kemudian berbuka lah kami dengan secara ala kadarnya..hmm tp yang sedihnya roti john yang dibeli telah basi.tak tercapai keinginan aku untuk makan roti john lagi.tak disangka di bulan mulia ini masih ada lagi yang menipu pembelinya.melayu..melayu..

Sunday 29 July 2012

dedicated for me..love him so much

Salam.....

Dah lama rasanyer x tulis paper kat blog ni..melainkan copy paste lirik lagu pilihan kami...

...pilihan kami....mean aku dan sayangku...

sayangku....

She is spesel for me.....

Dia merupakan gadis yang aku sukai dan sayangi.....

Dia sentiasa ada waktu untuk ku.....

Dia sentiasa setia mendengar ngomelan dan masalahku.....

Dia sentiasa melayan kerenahku.....

Ia membuatkan kami berada di dunia kami sendiri...

Hati ku begitu mudah untuk berkongsi apa sahaja dengannya...

Hatiku seronok bersama dia....

Hatiku sentiasa ingin bersama dia...

Xtau mengapa.....

Ku pasti mencari dia setiap hari....

Ku selalu sahaja yang aku mencintai nya dan menyayangi nya....

Kerna itu lah apa yang aku rasa....

Dan aku sentiasa berdoa agar ia berkekalan hingga ke akhir zaman...

Saturday 28 July 2012

kenangan..zaman bercinta

Sayang….

Dari pertama kali kita mewujudkan dunia kita….
Kau membuat aku bahagia…
Kau buat aku hidup..
Kau buat aku bersemangat…
Kau sentiasa ada untuk aku…
Kau menyokong setiap apa yang aku lakukan..
Kau menasihati aku…

Itu lah membuatkan aku jatuh hati padamu….
Dihari aku menerima pesanan ringkas mu…
Masih mekar dalam ingatan ku…
Kau katakana yang kau adalah milikku..
Hatiku berbunga…
Hatiku gembira…
Hatiku ceria….

Namun…

Terdetik ketika itu dihatiku…
Adakah aku layak untuk mu…
Adakah aku mampu membahagiakan mu…
Ketika itu juga pelbagai benda yang akan kufikirkan…
Aku seorang yang sakit…
Aku tidak punya apa – apa…
Hala tuju hidupku pun tidak kelihatan…
Keadaan ku pun tidak terurus…

Jadi
terdetik di hatiku…
Siapakah aku untukmu sayang..
Layakkah aku untukmu sayang…
Bolehkah aku membahagiakan mu sayang…
Apakah yang dapat ku berikan padamu??
Itulah yang sentiasa kufikirkan…

Namun hatiku tetap ingin memilikimu….
Kerna ku sudah jatuh cinta padamu…
Kerna ku sayang padamu….
Kerna kau lah suri hatiku….
Dengan itu aku bernekad….
Akan ku usahakan membahagiakan mu…
Akan ku mengembirakan mu…..
Aku akan menentukanhala tuju hidupku…

Ya aku bersyukur….
Kita bersama akhirnya….
Ku harap kita berkekalan selamanya…
Moga kita dapat bersama selamanya…
A lot of love for u sayangku…


**luahan dari insan yang pernah bergelar kawan, kekasih dan tunanganku.insyaallah akan menjadi suamiku tidak lama lagi..**

Friday 27 July 2012

Ramadhan..selamat datang

Alhamdulillah. esok genap seminggu umat islam menjalankan ibadah puasa.selama seminggu ini jugalah aku berpuasa jauh dari keluargaku tersayang.beginilah nasib insan yang hidup di perantauan.berjauhan dari keluarga terutamanya emak tersayang. belum sempat untuk aku berpuasa bersama bondaku itu. aku betul-betul rindu akan masakan bubur lambuknya.lain dari yang lain.sirius. semua ahli keluarga aku sukakannya.

tapi..walaupun aku hidup berjauhan bersama family aku, tapi aku hidup berdekatan dengan tunangku.sangat dekat.menjalankan ibadat puasa bersama-sama, bertarawih bersama-sama. alhamdulillah aku juga dapat melatih diri untuk menjadi seorang isteri dengan memasak untuk diriku serta dirinya dan kawan serumahnya. berbukalah kami bersama-sama.

namun aku akui, walaupun baru seminggu berpuasa, terasa badan begitu letih dan tidak cukup masa untuk berehat. alamaklumla,waktu pagi   masak untuk bersahur, then makan sahur, then bekerja sampai ke petang, then masak untuk berbuka, then bersolat tarawih (jika larat)..hehe..apepun  aku anggapkan ini semua adalah cabaran buat diri aku.

insyaallah puasa kali ini memberikan beribu keberkatan untuk diriku serta untuk anda semua...amin

Tuesday 10 July 2012




Cancer Pembunuh Senyap! Dalam senyap dia datang, dalam sekelip mata kebahagiaan, keceriaan dan kehidupan dirampas. Tiada ubat mampu menyembuh, tiada pakar mampu merawat, tiada nilai mampu memulih ....

NAMUN IA MAMPU DICEGAH!!!! Bertindak segera!! 

Ingin tau bagaimana? Sila PM saya:) i share becoz i care.....

Kepada kaum wanita..perlu sangat tahu..kepada kaum lelaki..memang patut tahu...;- 


Monday 9 July 2012

bersama kita bina impian

Suka ingatkn diri sndiri dgn intipati ucapan CDM Dr Hafiz dari Mentor Multimillionaire:

1) sebagai golongan dari prestij job, dulu anggap bisness ini hanya utk golongan yg terdesak sahaja tetapi kini beliau tahu bahawa dunia inilah yg patut di pilihnya dulu lagi kerana dunia warna-warni kehidupan adalah bermula disini!!! (melancong VIP 3x setahun percuma, income belasan, puluhan dan ratusan ribu sebulan, memandu kereta mewah, rumah idaman, akaun ASB dan TH yg boleh di penuhkan dan paling penting mengerjakan ibadat umrah dan haji dlm usia yg muda;

2) melalui cerita katak si katak lompat "potensi diri telah wujud dlm diri setiap manusia tetapi ramai manusia tidak berusaha utk mengeluarkan potensi melalui membina impian dan meletakkan matlamat serta displin dlm tindakan sehingga mereka menghabiskan banyak masa dlm kehidupan dgn hanya melihat kejayaan orang lain. "biar putih tulang, jgn putih mata".

3) jgn meletakkan alasan di depan sebaliknya letakkan impian di hadapan supaya impian akan menendang alasan jauh ke dasar lautan kerana realiti impian dan alasan tidak boleh bersatu.

Moral: Beliau tidak meletakkan alasan seorang lelaki yg macho tetapi pemalu di hadapan utk berbisness korset tetapi beliau meletakkan impian utk hidup berwarna-warni di masa hadapan sebagai impian utk di kejar dan alhamdulillah setelah 3 tahun berbisness korset PB akhirnya kehidupan mereka suami isteri cukup berwarna-warni yg tak mungkin mereka capai walaupun mereka suami isteri adalah doktor. Kite bagaimana?? Tepuk dada, tnya hati..

Sunday 8 July 2012

premium beautiful

one set of PB



  • Premium Beautiful ialah korset no. 1 di Malaysia yang telah banyak membantu wanita2 Malaysia menyelesaikan masalah serta mengembalikan semula kecantikan, keyakinan dan kesihatan mereka pada tahap yang paling optimum. 
  • Ianya bukan korset biasa, tetapi: 
    • Fokus 70% untuk kesihatan dalaman dan luaran. 30% untuk pembentukan badan, dan 100% keyakinan kepada wanita. 
    • Membantu melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. 
selain itu,

  • Ia mendapat pengiktirafan produk SUPERBRANDS. Ini bermakna Premium Beautiful sangat berkualiti tinggi dan terlaris di pasaran. 
  • Ia mengandungi Far Infra Red Rays (FIR). 
  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa, ACA (American Chiropratic Association) 
  • Pengiktirafan daripada Pakar Sakit Belakang daripada USA, Qubec dan Kanada. 
Fabrik Akwatek dan Akwadyne yg selalunya di gunakan untuk baju angkasawan .

Fabrik yang boleh menstabilkan suhu badan. jika suhu persekitaran panas, Premium Beautiful boleh menyejukkan badan. Jika suhu persekitaran sejuk, Premium Beautiful boleh memanaskan badan si pemakai.

Ia juga menyah-bau badan si pemakai.

P/S:JANGAN SEGAN JANGAN MALU UNTUK MENCUBA.SAYA SUDAH MENCUBA,SEKARANG GILIRAN ANDA PULA.

BERMINAT:HUBUNGI KAMI
    NORZULIHA:013-9952104
    NORZUREIZWAN: 014-2273526

    Sunday 1 July 2012

    ---BICARA HATI-------

    Bila hati berbicara sendiri...
    bila diri tak terpujuk lagi...
    bila airmata hanya mampu mengalir...
    bila pena hanya mampu melakarkan suara yang berlagu sendu..

    Hanya padaMu tempat aku meluahkan rasa hati ini...
    Ku tatap, ku baca bait-bait cinta yang tak pernah dusta...
    ternyata air mata membasahi pipi..kerana aku benar-benar hamba yang tak punya apa-apa...
    hanya mampu berteduh direndang kasihMu..
    mengharap belas dan ihsanMu dalam segenap keadaan dan situasi..
    aku lemah Ya Allah...
    aku hina Ya Allah...
    namun aku mengharap agar rahmat kasih sayangMu mengatasi segalanya...

    Cukupkanlah aku dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku..
    jadikan kecintaan kepadaMu lebih aku cintai dari apa-apa yang ada di dunia ini..
    jadikan kembali kepadaMu cukup aku nantikan dengan persiapan rapi..agar ianya menjadi satu pertemuan yang Kau nantikan...

    Jangan Kau hina aku dengan kelemahan ini ya Allah..
    tapi bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa mengingati Engkau dalam segenap ruang kehidupan ini..
    bantulah aku ya Allah..untuk meraih cintaMu..cinta abadi buat insan dalam mencari damai yang hilang...

    1st entry for new blog

    hello..hello..assalamualaikum kawan-kawan semua.
    inilah blog baru saya setelah blog yang lama telah di delete akibat kesakitan hati dan kegatalan tangan serta otak yang tidak dapat control tindakan yang dilakukan.alamatnya padanla muka aku setelah semuanya hilang.
    so buat masa sekarang blog ni masih dalam pembikinan.mungkin mengambil masa untuk memilih template yang bersesuaian.

    hopefully kawan-kawan semua sudi singgah di blog ini untuk sesi pembacaan dan sesi membuang masa:-D