Friday, 27 July 2012

Ramadhan..selamat datang

Alhamdulillah. esok genap seminggu umat islam menjalankan ibadah puasa.selama seminggu ini jugalah aku berpuasa jauh dari keluargaku tersayang.beginilah nasib insan yang hidup di perantauan.berjauhan dari keluarga terutamanya emak tersayang. belum sempat untuk aku berpuasa bersama bondaku itu. aku betul-betul rindu akan masakan bubur lambuknya.lain dari yang lain.sirius. semua ahli keluarga aku sukakannya.

tapi..walaupun aku hidup berjauhan bersama family aku, tapi aku hidup berdekatan dengan tunangku.sangat dekat.menjalankan ibadat puasa bersama-sama, bertarawih bersama-sama. alhamdulillah aku juga dapat melatih diri untuk menjadi seorang isteri dengan memasak untuk diriku serta dirinya dan kawan serumahnya. berbukalah kami bersama-sama.

namun aku akui, walaupun baru seminggu berpuasa, terasa badan begitu letih dan tidak cukup masa untuk berehat. alamaklumla,waktu pagi   masak untuk bersahur, then makan sahur, then bekerja sampai ke petang, then masak untuk berbuka, then bersolat tarawih (jika larat)..hehe..apepun  aku anggapkan ini semua adalah cabaran buat diri aku.

insyaallah puasa kali ini memberikan beribu keberkatan untuk diriku serta untuk anda semua...amin

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai