Tuesday, 2 October 2012

persiapan terakhir

salam you all..
pejam celik-pejam celik tinggal lebih kurang sebulan lagi aku akan menempuhi kehidupan baru. yup aku akan bergelar sebagai seorang isteri..bergelar puan:-)

perasaan aku sekarang ni bercampur baur. berasa takut, berasa gembira, berasa tak sabar,kelam kabut, semuanya ada. tapi alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar walaupun banyak sangat masalah yang timbul.almaklumla event yang akan berlansung memerlukan kerjasama dari banyak pihak.apatah lagi dari segi wang ringgit, serta kerahan tenaga dan pertolongan dari ahli keluarga.

so setakat ini kad telah siap diprint dan insyaallah tak lama lagi akan diedarkan kepada kawan-kawan serta saudara-mara.baju ku aka dress untuk akad nikah serta baju melayu untuk encik tunang sudahpun siap dan telah ada bersama dengan aku. bekas-bekas hantaran pula sudah siap di hias.cuma nanti just tambah barang-barang yang hendak diberikan kepada pasangan sahaja.bunga telur serta bekas2 untuk doorgift juga telah aku beli.

nanti tak perlu nak pakai eksosori banyak2

full-koleksi baju:-)

insyaallah semua barang-barang itu akan ku hantar pulang ke kampung bersama dengan borang nikah.so ku anggapkan 80% perisapan untuk majlisku sudah siap.cuma hanya menunggu masa aku untuk pulang ke kampung untuk menyelesaikan beberap perkara lagi.hopefully semuanya akan berjalan dengan baik.

**next entry: testing baju bersama si dia:-D

~~masa yang menentukan segalanya~~

2 comments:

komen anda dihargai