Photobucket

Monday 4 April 2016

Anak ke-2

Welcome to the wolrd my lovely son

Alhamdulillah.
Tanggal 24 Disember 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1437H iaitu tarikh kelahiran nabi Muhammad S.A.W maka lahirlah seorang lagi darah dagingku yang ditunggu. Berakhirlah penantian kami sekeluarga menunggu kelahirannya.

Nama diberi Norzuhairi Irfan bin Norzureizwan.

Dengan kehadirannya, maka lengkaplah keluarga kami yang mana telah mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Lepasni dah kena jaraklah sedikit untuk tambahkan lagi bilangan anak. semuanya disebabkan kedua-dua anak ini dilahirkan secara pembedahan. 

kenapa aku terpaksa dibedah lagi?

Mungkin sudah termaktub untukku tidak melahirkan anak secara normal. setelah aku berkeras untuk mengeluarkannya secara normal.namun keadaan diriku serta bayi didalam perut tak mengizinkan aku mengeluarkannya secara normal. Ditolak jua kau ke dalam bilik pembedahan. Aku pasrah dan Redha saja lah. janji aku dan anakku sihat walafiat. 

Anakku yang ke-2
Kini sudah semakin booooolat dan bambam 
Si pipi Paw..sayang kamu
semoga kamu membesar dengan sihat
Cinta hatiku


~~masa yang menentukan segalanya~~

Wednesday 22 July 2015

Syukur Selalu

Alhamdulillah..
hari ini aku masih bernafas,
hari ini aku masih sihat,
hari ini aku masih dikelilingi oleh insan-insan yang aku sayang,
hari ini aku masih disayang,

Syukur,
dengan rahmat yang telah diberikan,
dengan kesenangan dan rezeki yang dilimpahkan,
mempunyai keluarga yang bahagia,
memahami, berkongsi rasa suka dan duka,
peneman di kala sunyi dan sepi,

hanya ungkapan Alhamdulillah, Allahuakbar kepada Tuhan
merupakan sebaik-baik perancang,
daripadamu aku datang,
kepadamu aku kembali,
semoga aku sentiasa dilindungi dan dirahmati olehmu,
Semoga aku sentiasa dibimbing ke jalan redhamu.
Amin..



~~masa yang menentukan segalanya~~

Monday 20 July 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua..

SELAMAT HARI RAYA diucapkan kepada umat islam di seluruh dunia. Kepada insan-insan yang mengenali diri ini, ampun dan maaf dipinta jika ada terkasar bahasa atau terguri hati dengan perlakuan insan yang serba kekurangan ini.

Alhamdulillah. kali ini berjumpa lagi kita pada bulan Ramadhan dan Syawal.Tahun ke-3 aku berpuasa dan beraya sebagai isteri dan tahun ke-2 sebagai seorang ibu. Apa yang penting, puasa kali ini aku dapat berpuasa penuh. Hoyyehhh..xperlu nak risau-risau bila nak gantikan puasa..hihi. Insyaallah kalau umur panjang tahun depan kami akan beraya ber-4 pula.Sukaaaa sangat-sangat.hehehe.

Tahun ini kawan-kawan beraya di mana? aku hanya beraya di kampung sebelah suami. Tak berkesempatan beraya di kampung sendiri dan beraya bersama emak dan keluarga. sobsobsob sangat. Sedikit terkilan sebab keluarga aku jarang dapat berkumpul sekali. tp bila abang-abang dan kakak-kakak balik beraya di kampung dan aku tak dapat join, rasa sedih sangat. feling-feling raya pun kurang je. Tapi xpela la nak buat macam mana, isteri kena ikut suami. Kena berkorban. Tapi beraya di rumah mertua pun happy juga sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Penat pun tak sagat sebab tak perlu nak main masak-masak di dapur disebabkan semua hal makan diuruskan oleh abang iparku. Untunglah ada ipar yang buat katering ni. Cuma tolong kemas rumah sikit-sikit je. anak pun duk memerap je tak nak sangat duduk dengan orang lain, sekejap-sekejap duk panggil mama je.

Apepun sedikit kenangan untuk diri aku sendiri. Ehsan dari pic-pic kellass dari cik abang dan family <3 br="">
anak-anak lelaki ayah



menantu-menantu ayah

mak-mak aku. Untung ada ramai mak ni..hihi

me, doter & mak mertua

kesayanganku <3>

posing time

si kenit yang comel..sayang kamooo banyak-banyak


sesi bersalaman


we are family





~~masa yang menentukan segalanya~~