Thursday, 9 August 2012

raya oh raya

pejam celik-pejam celik, da nak habis sebulan umat islam berpuasa. betapa cepatnya masa berlalu.bila puasa dah nak habis, bunyi mercun berdentum di sana-sini, rumah-rumah diterangi lampu lip-lap, dan radio serta television mengeluarkan cerita serta memainkan lagu raya, orang ramai juga sibuk membuat persediaan raya.

tapi aku?
lansung tak ada apa-apa untuk persediaan raya,even cuti untuk rayapun belum lagi diluluskan.semua keperluan raya aku juga belum lagi dibeli.tak seperti tahun-tahun lepas.paling-paling kurangpun mesti ada 2 pasang baju raya.tapi raya kali ini macam tak bermakna langsung. tak bersemangat.baju raya tak ada,kasut raya tak ada,tudung raya tak ada, kuih raya'p x buat.boleh dikatakan semuanya tak ada lah.

hasilnya carian last-last minit di pasar lambak dekat menara condong teluk intan ni.tapi, dalam banyak-banyak baju yang dijual dan digantungkan dan dipamerkan pada patung-patung tidak menarik perhatian aku.susah sangat untuk aku memilih dan membeli.aku sendiripun tak tahu baju colour apa yang aku nak atau design mana yang aku suka.bila aku da berkenan pulak, si dia pulak yang tak suka.terpaksa aku mengalah.betapa sukarnya untuk aku membuat pilihan.

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai