Photobucket

Monday 29 October 2012

takut kucing






meow..meow..meow..
sape la yang tak sukakan binatang yang comel dan manja ni kan, apatah lagi bila melihat bulunya yang lebat keputih-putihan atau kecoklatan..comellll sangat.

suatu ketika dulu aku sukakan akan binatang ini, selalu kuberi makan.pantang sangat jika aku turun ke dapur rumahku pasti dia akan membelit di kakiku.sehingga naik rimas aku dibuatnya.tapi itu semua cerita zaman dulu.sewaktu aku masih bersekolah dan kadang-kadang balik ke rumah pada hujung minggu.almaklumlah aku seorang yang sangat berdikari since sekolah rendah lagi means stay dekat hostel:-)

tapi semua itu cerita zaman kanak-kanak.sampailah suatu ketika, kawan-kawanku suka mengejutkan aku dengan kucing-kucing,mereka  suka  meletakkan kucing kat atas aku.walaupun aku suka akan kucing,tapi aku xderlah sampai nak peluk,cium,mandikan kucing serta tidur sekali dengannya.cukuplah sekadar aku memberi makan jer untuk binatang yang bernama kucing itu. aku juga selalu ingat pesan arwah ayahku supaya jangan mandikan kucing kerana takut lemas. actually kucing sangat takut akan air.then disebabkan aku selalu dikejutkan dengan kucing-kucing itu, aku mula menjadi takut dengan kucing. sehinggalah pada suatu hari ketika aku sedang menikmati makanan tengahariku di dewan makan, seokor kucing melompat ke atas ribaku. cuba teka apa reaksi aku.

dengan secara spontannya aku berdiri dan menjerit sekuat hati di dalam dewan makan yang penuh dengan pelajar perempuan dan pelajar lelaki. owhh betapa malunya aku ketika itu.tak taw nak sorokkan ke mana lagi muka aku ni. merah padam muka aku.malu lagi bila aku digelakkan oleh diorang semua.

sampailah sekarang aku telah menjadi fobia dengan kucing. fobia dengan binatang yang comel itu.selagi aku boleh elakkan dengan binatang itu akan aku elakkan,even jika tengah makan dan binatang itu duduk di kakiku, sanggup aku duduk bersila di atas kerusi.yang pasti ketika dan waktu itu hatiku tidak senang dan tidak tenang untuk makan. yang paling teruk sekali aku sampai boleh menangis jika terkejut dengan  kehadiran si kucing itu. yang paling terbaru menangis di depan encik tunang, abangnya serta bakal mertuaku. semua tu gara-gara tunang aku yang mengejutkan aku dengan menyentuh kakinya ke arahku yang kusangkakan itu adalah sekumpulan kucing yang sedang bermain di bawah tempat dudukku.


**musykil kenapa binatang itu suka akan aku**



~~masa yang menentukan segalanya~~

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai