Thursday, 20 September 2012

orang mau kahwin,aku pun nak kahwin juga..

assalamualaikum u allss..

dah lama sangat aku x menghapdate blog ni, hati meronta-ronta nak meluahkan isi hati tp jari-jemari ni malas untuk menekan papan kekunci lappy ni..so..xadala entry-entry untuk blog ni,

ermm..lately ni diri tersangat busy dengan kerja dan hal-hal menguruskan perkahwinan.terasa macam banyak lagi perkara yang tak terbuat..owh..hopefully semuanya dapat settle.thanks to encik tunang coz dia yang banyak push aku buat ini dan buat itu.nak harapkan aku?nampak gayanya esok nak kenduri,hari ini baru nk kelam kabut nak buat semua..heee..sowi encik tunang.coz menyusahkan..mesti dia stress sangat-sangat dengan aku.almaklumla bila ditanya benda tu dah di buat or belum?jawapan aku semuanya belum..heeee

but..alahamdulillah semua yang penting dah settlle.waima kursus kahwin, ujian HIV juga da setle.tunggu borang kahwin dari pihaknya siap diproses,barulah aku boleh menyerahkan borang kahwin aku di pejabat agama daerah hulu terengganu.

buat bakal-bakal pengantin di luar sana,janganlah tiru macam aku.tak tahu apa yang hendak di buat  dan nak buat kerja last minit.nasib baik aku masih ada masa dalam sebulan lebih lagi.hheee..doakan aku semoga semuanya berjalan lancar yer kawan-kawan:-)



~~masa yang menentukan segalanya~~

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai