Photobucket

Thursday 24 October 2013

Pelik

Hello..
saya nak tanya, ada sesiapa tau kenapa blog saya ni xada space or format lansung di ruangan post?
confius2..bila baca post orang lain tengok normal je.bila tengok post sendiri buruk sangat.
 anyone can help me?

 thanks a lots.

 ~~masa yang menentukan segalanya~~

Aku Yang Melahirkannya

Alhamdulillah..tanggal 3/10/2013 jam 7.15 PM bertempat di Hospital Teluk Intan, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.1 KG dan panjangnya 51CM. Walaupun bayiku dilahirkan secara pembedahan, namun aku tatap merasa kesakitan orang yang bersalin normal.sungguh..sangat sakit..tidak mampu nak diucapkan dengan kata-kata.ini kerana sebelum aku dimasukkan ke dalam bilik pembedahan, aku terpaksa berhempas pulas dan bertarung nyawa di dalam bilik bersalin selama 8 jam. cuba kawan-kawan imagine, bagaimana sakitnya apabila dimasukkan ubat sakit selama 8 jam tetapi jalan untuk baby ku keluar tidak terbuka. itu belum ditambah lagi dengan kesakitan diseluk oleh lebih dari sepuluh tangan semata-mata untuk membuka jalan peranakkanku selama 8 hari aku di wad. 
Kenapa 8 hari aku di sana? 
Due date untuk aku melahirkan adalah 30/09/2013. Aku telah diarahkan untuk masuk wad pada 29/9/2013. Yang surprisenya pada waktu itu jalan peranakkanku telah terbuka 1cm since seminggu yang lalu.tp sampai aku mendaftarkan diri di ward pun ia masih lagi 1cm. Oh ya, aku kena mendaftar awal di ward tanpa merasa kesakitan dahulu disebabkan time mengandung aku menghidapi kencing manis,Tp bukannay tahap kritikal sehingga dicucuk insulin. Aku hanyalah terpaksa control makan (diabetic diet. sejak hari pertama itulah proses seluk-menyeluk berlaku.perkara yang paling aku tak suka. Terpaksa menyerahkan diri kepada doktor-doktor di sana, tak kisah sama ada mereka perempuan atau lelaki, melayu atau cina atau india.semua ada. seram sejuk dan malu.semua perasaan ada.tapi aku terpaksa menebalkan muka dan merelakan semuanya. 
Hari ke-2 aku di sana. Bukaan masih lagi 1cm.aku dimasukkan ubat untuk menambahkan sakit contraction dan untuk menambahkan bukaan. Dari awal pagi sampai petang aku di dewan bersalin tahap 1. Namun tiada sakit yang aku rasai.apatah lagi untuk menambahkan bukaan. try to imagine betapa tebalnya serviks aku. then aku kembali semula di ward. 
 Hari ke-3. Pagi-pagi lagi aku diseluk untuk dicek bukaan,sekarang sudah 2cm. Doktor membuat keputusan untuk tidak memasukkan ubat untuk kali ke-2 kepada aku.tapi mereka memasukkan belon pada kemaluan aku.aku difahamkan ia juga salah 1 cara untuk menambahkan bukaan serviks. Kawan-kwan pernah dengar tak pasal belon itu? itulah pertama kali aku mendengar pasal belon itu. aku dipakaikan belon itu sehingga belon itu akan tercabut dengan sendirinya atau belon itu pecah. bayangkan 1 hari aku dipakaikan dengan belon itu dan berjalan-jalan dengan belon yang bergayutan di kemaluan aku. hoho..aku juga di nasihatkan untuk berjalan dengan banyak untuk mempercepatkan bukaan itu.Alhamdulillah pagi esoknya lebih kurang pukul 3 pagi belon itu tercabut dengan sendirinya. Then cepat-cepat aku menekan loceng memanggil nurse. Arghh..aku diseluk lagi. kini bukaan betambah lagi 1cm.so sekarang baru 3cm. Hari ke-4. 
Kita sambung next cerita yerk. Bukan apa..terpaksa melayan anak yang tengah meragam.

Salam

~~masa yang menentukan segalanya~~

Saturday 17 August 2013

berdebar menunggu hari

Aku kembali lagi.

 dulu sebagai seorang yang baru bertukar status sebagai seorang isteri. sekarang aku sedang menghitung hari untuk menunggu kedatangan insan baru dalam keluarga kami.

 dulu ber-2 akan datang bertiga. sungguh tak sabar, dan teruja.kadang-kadang rasa takut menghantui.almaklumla first time nak mengalami keadaan itu.semoga kelahiran bayi comelku nanti akan dipermudahkan dan selamat.lengkaplah kehidupan aku sebagai seorang wanita.

 *buat suami tersayang, terima kasih kerana melengkapkan kehidupan isterimu ini.aku bahagia di sisimu..love you always. oh yaa..terlupa nak ucapkan hari raya. "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' buat raka-rakan sekalian .kepada yang mengenali diri ini, segala khilaf dan salah harap dimaafi.

 ~~masa yang menentukan segalanya~~

Monday 29 April 2013

mengulit kenangan

Hye there, sekali lagi aku nak postkan sesuatu cerita yang da agak basi.actually bukan cerita.yang tepatnya adalah gambar..haha. well, dah memang tabiat aku suka menyimpan dulu sesuatu perkara itu supaya menjadi pekasam then baru nak show kat orang.haha but i don't know lah sama ada aku sorang saja yang duk hadap blog ni atau ada orang lain.i don't care as long as aku suka..hehe.

 Actually aku menunggu gambar yang di edit oleh photoghraper.tapi tunggu punya lah tunggu setelah sekian lama sampaikan perut aku dah memboyot still lom siap di edit.apela nasib kan.lansung x pro buat kerja. so aku just nak upload gambar yang ada dengan aku dan yang aku suka tengok.manalah tau kan esok lusa anak cucu aku pulak nak tengok gambar kahwin kami.so adalah yang boleh ditunjukkan..ye dak:-P

 now showing:-D

 

next time insyaallah akan diupload gambar baju berwarna merah & later gambar baju berwarna purple:-)

 ~~masa yang menentukan segalanya~~

Monday 22 April 2013

Blogging..i miss u

Aku merindu saat dan waktu meluahkan isi hatiku di dalam blogku ini.yang dulunya kujadikan sebagai diari kedua di dalam hidup aku.tapi sayang kerana sekarang aku tidak berkesempatan untuk bermadu kasih dengan lappyku serta meluangkan masa di page ini lg.sungguh terlalu lama rasanya ia ditinggalkan.jari-jemari sudah keras untuk menekan,idea juga tidak mampu untuk bekerjasama.bilakah masa seperti dulu akan tiba?aku menunggu saat itu