Photobucket

Tuesday 30 October 2012

convo terakhir

actually cerita ini cerita da basi.sudah melewati beberapa bulan yang lepas.alkisahnya apabila aku menghadirkan diri pada hari penganugerahan konvokesyen aku di UiTM. degree (BBA Hons Marketing.)
konvo ke-2 aku dan mungkin yang terakhir. becoz aku dah tak sambung belajar.da tak larat nak sambung master dan menelaah buku yang selambak lagi..hehe

inilah aku time berbaris untuk masuk ke dewan.nampak mcm nebes x?

keluar dari dewan..encik tunang hanya bagi sekuntum bunga sebagai tanda tahniah untukku


photo time :-)


with encik tunang

tadaaa..rupanya dia nak bg surprise untuk aku..nampak x..ada 1 set bear  & flower..hehe..ciwi sangat

with best student aku punyer course aka my best frend n roomate

best frend juga..cik leha..& now da jadi isteri mr acap:-)

rakan-rakan seperjuangan


selesai konvo lebih kurang pukul 1.00 ptg..thanks alots to my hubby & bakal mak mertuaku kerana sanggup datang dari jauh menemankan aku di hari kegemilangan aku.

sekarang masing-masing sudah mempunyai kerjaya..tahniah buat kita semua
saya akan selalu merindui kalian semua

~~masa yang menentukan segalanya~~

Monday 29 October 2012

takut kucing






meow..meow..meow..
sape la yang tak sukakan binatang yang comel dan manja ni kan, apatah lagi bila melihat bulunya yang lebat keputih-putihan atau kecoklatan..comellll sangat.

suatu ketika dulu aku sukakan akan binatang ini, selalu kuberi makan.pantang sangat jika aku turun ke dapur rumahku pasti dia akan membelit di kakiku.sehingga naik rimas aku dibuatnya.tapi itu semua cerita zaman dulu.sewaktu aku masih bersekolah dan kadang-kadang balik ke rumah pada hujung minggu.almaklumlah aku seorang yang sangat berdikari since sekolah rendah lagi means stay dekat hostel:-)

tapi semua itu cerita zaman kanak-kanak.sampailah suatu ketika, kawan-kawanku suka mengejutkan aku dengan kucing-kucing,mereka  suka  meletakkan kucing kat atas aku.walaupun aku suka akan kucing,tapi aku xderlah sampai nak peluk,cium,mandikan kucing serta tidur sekali dengannya.cukuplah sekadar aku memberi makan jer untuk binatang yang bernama kucing itu. aku juga selalu ingat pesan arwah ayahku supaya jangan mandikan kucing kerana takut lemas. actually kucing sangat takut akan air.then disebabkan aku selalu dikejutkan dengan kucing-kucing itu, aku mula menjadi takut dengan kucing. sehinggalah pada suatu hari ketika aku sedang menikmati makanan tengahariku di dewan makan, seokor kucing melompat ke atas ribaku. cuba teka apa reaksi aku.

dengan secara spontannya aku berdiri dan menjerit sekuat hati di dalam dewan makan yang penuh dengan pelajar perempuan dan pelajar lelaki. owhh betapa malunya aku ketika itu.tak taw nak sorokkan ke mana lagi muka aku ni. merah padam muka aku.malu lagi bila aku digelakkan oleh diorang semua.

sampailah sekarang aku telah menjadi fobia dengan kucing. fobia dengan binatang yang comel itu.selagi aku boleh elakkan dengan binatang itu akan aku elakkan,even jika tengah makan dan binatang itu duduk di kakiku, sanggup aku duduk bersila di atas kerusi.yang pasti ketika dan waktu itu hatiku tidak senang dan tidak tenang untuk makan. yang paling teruk sekali aku sampai boleh menangis jika terkejut dengan  kehadiran si kucing itu. yang paling terbaru menangis di depan encik tunang, abangnya serta bakal mertuaku. semua tu gara-gara tunang aku yang mengejutkan aku dengan menyentuh kakinya ke arahku yang kusangkakan itu adalah sekumpulan kucing yang sedang bermain di bawah tempat dudukku.


**musykil kenapa binatang itu suka akan aku**



~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 18 October 2012

mau balik kampung


yeay x sabarnye nak tunggu esok, nak balik kampung dengan si dia lak tu.
nak menyetelkan perkarayang tertunggak dekat kampung.
inilah cabarannya apabila bekerja jauh dari kampung.
nak menyelesaikan satu-satu hat tu sangatlah susah.
tapi alhamdulillah sedikit sebanyak urusanku telah dipermudahkan dengan pertolongan dari perlbagai pihak..

anyway, doakan keselamatan saya pergi dan balik dari kampung ye..i'm soooo excited

~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 11 October 2012

next step..mengagihkan kad jemputan

alhamdulillah, kad jemputan telah siap di print, dan dilipat,

sekarang masanya mengagih-ngagihkan kad jemputan perkahwinan kami kepada saudara mara serta sahabat handai,

buat sahabatku, janganlah segan silu mengirimkan alamatmu kepadaku, almaklumla, kita semua berjauhan., masing-masing telah berpindah-randah.

semoga semua jemputan dapat menghadirkan diri, jika tiada sebarang halangan sampaila mereka ke teratak kami.

semoga smeuanya akan terus berjalan lancar..doakan kesejahteraan kami yer:-D





~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 4 October 2012

whishlist 1

doaku.....
ku doakan semoga hanya perkara yang baik-baik berlaku kepada kami
semoga kami dijauhkan dari perkara-perkara buruk
semoga semua urusan kami dipermudahkan
semoga majlis ini menjadi kenangan terindah dalam hidupku
semoga majlis meraikan cinta ini dirahmati
semoga semuanya gembira pada hari itu
semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga

yang penting semoga aku, dia serta kamu-kamu sekalian dirahmati olehnya.AMIN



~~masa yang menentukan segalanya~~

Tuesday 2 October 2012

persiapan terakhir

salam you all..
pejam celik-pejam celik tinggal lebih kurang sebulan lagi aku akan menempuhi kehidupan baru. yup aku akan bergelar sebagai seorang isteri..bergelar puan:-)

perasaan aku sekarang ni bercampur baur. berasa takut, berasa gembira, berasa tak sabar,kelam kabut, semuanya ada. tapi alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar walaupun banyak sangat masalah yang timbul.almaklumla event yang akan berlansung memerlukan kerjasama dari banyak pihak.apatah lagi dari segi wang ringgit, serta kerahan tenaga dan pertolongan dari ahli keluarga.

so setakat ini kad telah siap diprint dan insyaallah tak lama lagi akan diedarkan kepada kawan-kawan serta saudara-mara.baju ku aka dress untuk akad nikah serta baju melayu untuk encik tunang sudahpun siap dan telah ada bersama dengan aku. bekas-bekas hantaran pula sudah siap di hias.cuma nanti just tambah barang-barang yang hendak diberikan kepada pasangan sahaja.bunga telur serta bekas2 untuk doorgift juga telah aku beli.

nanti tak perlu nak pakai eksosori banyak2

full-koleksi baju:-)

insyaallah semua barang-barang itu akan ku hantar pulang ke kampung bersama dengan borang nikah.so ku anggapkan 80% perisapan untuk majlisku sudah siap.cuma hanya menunggu masa aku untuk pulang ke kampung untuk menyelesaikan beberap perkara lagi.hopefully semuanya akan berjalan dengan baik.

**next entry: testing baju bersama si dia:-D

~~masa yang menentukan segalanya~~