Photobucket

Wednesday 3 June 2015

Dugaan Hidup

Alhamdulillah..

Pejam celik-pejam celik sudah 5 bulan aku bekerja sebagai penguasa kastam ini.  Aku bersyukur sangat-sangat apabila sudah ada pendapatan yang tetap. kerja dah ada, gaji dah ada, suami dan anak juga dah ada. terasa seperti kehidupan aku sudah lengkap. Bersyukur juga kerana kami sekeluarga sedang menunggu insan baru dalam keluarga kami .Insyaallah Penghujung tahun ini keluarga kami akan berkembang. Diharapkan semuanya dalam keadaan selamat. Doakan semoga baby dalam kandungan aku sihat dan juga diri aku sendiri sihat sihat walafiat.

Walaupun semuanya sudah lengkap, tapi penghalangnya tetap ada. Aku terpaksa hidup berjauhan bersama suami tercinta. Hee.. doa-doa lah semoga proses pertukaran aku cepat diproses.dapatlah kami hidup bersama kembali. Tak adalah nak kena jaga 2 periuk. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang banyak kerana terpaksa menanggung sewa 2 rumah serta makan minum yang berasingan. Tambahan pula, kesian sangat bila mengenangkan si anak yang asyik bertanyakan ayah nya.

~~masa yang menentukan segalanya~~