Photobucket

Sunday 12 August 2012

Biarkan AIr mAtA Ini MEnGaLiR lAgi....

biarlah ianya mengalir hanya keranaMu ya Allah..
saat hati ini rapuh...

Kuatkanlah ianya dengan peringatan dariMu ya Allah melalui kalamMu yang tidak pernah berdusta...
saat aku kesunyian sendirian,

Engkaulah teman paling hampir...
yang dapat ku adukan segala resah hati kecilku....
saat aku kelelahan kerana kelemahan diri yang tak mampu aku atasi..

Kau setia mengingatkan aku bahawasanya segalanya adalah kekuasaanMu dan bukan kekuasaan aku..
aku hanya berusaha dan Kau yang menentukan segalanya...
kerana segala-galanya tertakluk pada kehendakMu jua...

Dan biarkan air mata ini terus mengalir membasahi sejadah iman..
agar aku sedar Kau adalah teman sejati tika suka dan dukaku..
.kerana KAU KEKASIH ABADIKU....

ALLAH HU RABBI....INNAMA ASYKU BASSI WA HUZNI ILA ALLAH...
~~masa yang menentukan segalanya~~

Bicara hati

bila diri tak terpujuk lagi...
bila airmata hanya mampu mengalir...
bila pena hanya mampu melakarkan suara yang berlagu sendu..

Hanya padaMu tempat aku meluahkan rasa hati ini...
Ku tatap, ku baca bait-bait cinta yang tak pernah dusta...
ternyata air mata membasahi pipi..
kerana aku benar-benar hamba yang tak punya apa-apa...
hanya mampu berteduh direndang kasihMu..
mengharap belas dan ihsanMu dalam segenap keadaan dan situasi..
aku lemah Ya Allah...
aku hina Ya Allah...
namun aku mengharap agar rahmat kasih sayangMu mengatasi segalanya...

Cukupkanlah aku dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku..
jadikan kecintaan kepadaMu lebih aku cintai dari apa-apa yang ada di dunia ini..
jadikan kembali kepadaMu cukup aku nantikan dengan persiapan rapi..agar ianya menjadi satu pertemuan yang Kau nantikan...

Jangan Kau hina aku dengan kelemahan ini ya Allah..
tapi bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa mengingati Engkau dalam segenap ruang kehidupan ini..

bantulah aku ya Allah..untuk meraih cintaMu..cinta abadi buat insan dalam mencari damai yang hilang...


~~masa yang menentukan segalanya~~

Saturday 11 August 2012

berpuasa sorang-sorang

bermulalah alkisahku untuk berpuasa dan berbuka puasa seorang diri selama seminggu, ini di sebabkan encik tunang telah pergi manjalankan tugasnya di port Klang.huhu..

malam tadi mendapat berita yang dia terpaksa pergi ke KL tu ptg esok (bermakna ptg td selepas zohor).
tinggallah aku seorang diri di Teluk Intan ini.terkontang-kanting meneruskan hidup. Sedihnya rasa.Terpaksa ditinggalkan selama 2 minggu, Selama 2 bulan lebih aku di bumi teluk intan ini, aku sentiasa ditemani olehnya ketika hendak ke mana-mana.tapi bermula hari ini, aku terpaksa menongkah arus seorang diri.

pesannya,belajarlah untuk selalu ditinggalkan.huhu.ini semua adalah untuk memenuhi tugasnya sebagai seorang kastam.aku redha.

semoga dia selamat pergi dan balik.selamat berpuasa dan selamat hari raya.khas ditujukan buat dirinya.insan yang aku sayang

~~masa yang menentukan segalanya~~

Friday 10 August 2012

ditinggalkan keseorangan

sedihnya bila mengenangkan hari ini hari last aku dapat berbuka dengan dengan encik tunang padahal tinggal lagi seminggu lagi untuk kita berpuasa.yang paling sedihnya, bila aku nak balik beraya di kampung,si dia pun tak ada untuk menghantar aku.

hmm tadi kami berbuka di MacD Teluk Intan, encik tunang yang belanja. untunglah..murah rezeki bulan-bulan pose ni yer..hehe. semalam pun sama, kami berbuka kat luar beramai-ramai on da way menuju ke Sungai besar untuk bershopping.Encik tunang dah warning kat aku, kalau tak jumpa juga baju raya, tak tahulah nak cakap apa lagi  kat aku.aku'p just sengih saja lah.

so berpusing-pusing dan melilau jelah kerjanya aku di gerbang malam sungai besar tu.kadang-kadang aku melarikan diri dari cik tunang untuk melihat sendiri baju-baju yang bersusun dari gerai ke gerai.lagi'p aku segan la juga dengan kawan-kawan dia.segan untuk memilih.hehe.a;hamdulillah dapat juga sehelai baju untuk aku.tapi nak kena cari lagi 2 pasang.1 lagi untuk aku, 1 lagi untuk emak aku.tapi terpaksa cari di gerbang malam teluk intan jela

tiba-tiba dapat kol dari encik tunang yang dia x jadi pergi operasi esok dan ditunda ke hari ahad.hepinya aku kerana dapat spend 1 hari lagi bersama si dia..yea yea.so waktu sedih untuk hari ni terpaksa ditunda ke hari esok:-P

~~masa yang menentukan segalanya~~

Thursday 9 August 2012

raya oh raya

pejam celik-pejam celik, da nak habis sebulan umat islam berpuasa. betapa cepatnya masa berlalu.bila puasa dah nak habis, bunyi mercun berdentum di sana-sini, rumah-rumah diterangi lampu lip-lap, dan radio serta television mengeluarkan cerita serta memainkan lagu raya, orang ramai juga sibuk membuat persediaan raya.

tapi aku?
lansung tak ada apa-apa untuk persediaan raya,even cuti untuk rayapun belum lagi diluluskan.semua keperluan raya aku juga belum lagi dibeli.tak seperti tahun-tahun lepas.paling-paling kurangpun mesti ada 2 pasang baju raya.tapi raya kali ini macam tak bermakna langsung. tak bersemangat.baju raya tak ada,kasut raya tak ada,tudung raya tak ada, kuih raya'p x buat.boleh dikatakan semuanya tak ada lah.

hasilnya carian last-last minit di pasar lambak dekat menara condong teluk intan ni.tapi, dalam banyak-banyak baju yang dijual dan digantungkan dan dipamerkan pada patung-patung tidak menarik perhatian aku.susah sangat untuk aku memilih dan membeli.aku sendiripun tak tahu baju colour apa yang aku nak atau design mana yang aku suka.bila aku da berkenan pulak, si dia pulak yang tak suka.terpaksa aku mengalah.betapa sukarnya untuk aku membuat pilihan.

Friday 3 August 2012

obat merajuk

alhamdulillah,hubungan kami kembali ok.bergelak ketawa bersama-sama setelah satu hari aku merajuk.
hehe..pandai juga encik tunang ku memujuk,bawak aku pergi berbuka puasa bersama-sama dan bershopping..hehe.

tapi macam tak percaya saja bila si dia sanggup melayan lagu melayu untuk post dekat aku. sebagai tanda dia pun bersedih sama..hehe..sweet lah darling aku tu..

jom kita hayati lirik lagu itu.walaupun muziknya sedikit rock, tapi liriknya penuh dengan pujuk rayu..layanzzz...

Makbulkan doaku Ya Tuhan

Ya Allah ya Tuhanku,
engkau berikanlah aku seorang lelaki yang benar-benar menyayangi aku,
seorang lelaki yang memahami aku,
seorang lelaki yang boleh menerima aku seadanya aku,
jika benar dia adalah jodoh aku,
engkau jauhilah kami dari sengketa,
jika dia tidak ditetapkan untuk aku,
engkau jauhilah kami dengan jalan terbaikmu.
engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku,
ku pohon kepadamu Ya Allah.
Engkau tunjkkanlah aku jalan itu.

Thursday 2 August 2012

1 petang di bulan puasa



teringin sangat nak upload ke dua-dua gambar ni.bukannya apa.ni semua disebabkan aku dan dia dah lama x ambil gambar bersama-sama.so ni pun leh juga dijadikan sebagai kenangan.erm dulu kalaula diingatkan waktu tengah rancak bercinta,anytime and anywhere,mesti nak posing berdua nak bergambar,tapi sekarang nak kena ajak dan muncung-muncung sikit baru lah boleh bergambar berdua..hehe..

so gambar di atas ialah ketika kami tengah menunggu waktu berbuka puasa.setelah menempah meja dan makanan di kedai untik berbuka puasa,kami pergi ke bazar untuk membeli roti john.selepas itu kami melepak di jeti melihat penduduk berulang alik menaiki bot.teringin rasanya nak naik bot itu tp apabila memikirkan bot itu penuh dengan penumpang bersama dengan motosikal dan barang masing-masing, so niat hati terpaksa di batalkan.hehe..

kemudian berbuka lah kami dengan secara ala kadarnya..hmm tp yang sedihnya roti john yang dibeli telah basi.tak tercapai keinginan aku untuk makan roti john lagi.tak disangka di bulan mulia ini masih ada lagi yang menipu pembelinya.melayu..melayu..