Photobucket

Wednesday 17 September 2014

Interview penolong penguasa kastam

Alhamdulillah selesai sudah satu task untuk aku di mana aku terpaksa menghadap buku untuk study mengenai kastam.

Dengan berkat doa dari semua alhamdulillah aku mampu menjawab dengan penuh keyakinan soalan yang ditanya oleh panel.cuma ada juga 1 soalan aku kantoi.haha.means aku x mampu untuk eloberate dengan baik. Lupakanlah dah malas nak difikirkan.

Next task bersedia untuk di interview bagi jawatan penguasa kastam pula.

Dah berhempas pulas menjawab exam untuk kedua-dua paper dan lulus kesemuanya kuharapkan ada salah satu rezeki itu untuk aku. Insyaallah

Thursday 4 September 2014

Sawi masak air

Nyumnyumnyum...sedapnya rantah sayur sawi.rasa macam ala-ala sup gitu. Bagi mereka kat luar sana yang rasa nak masak simple-simple je dan tak tahu macam mana nak masak sawi bolehla try resepi ni. Senang dsn ringkas je taw.
Bahan-bahan yang diperlukan. Sukatan terpulang banyak mana yang kita nak makan.
Sawi
Ikan bilis
Bawang putih(mayang)
Lada hitam (tumbuk)
Air
Telur
Cili padi
Garam
Cara menyediakannya.
-Asingkan daun sawi dan batangnya.
-rebuskan air bersama bawang putih,ikan bilis, batang sawi dan lada hitam
-apabila air menggelegak masukkan daun sawi, garam, telur dan cili padi.
-biarkan sebentar dan tutup api.
Sangat senangkan. Tak sampai lima minit da siap. Sedap kalau dimakan panas.
Sayur ni sangat sesuai dimakan oleh orang yang sedang berpantang. Kalau takut nak makan telur tak payahlah.  masukkan. Selamat mencuba.
Pssstt..ni gambar sawi air yang saya masak tadi.

Wednesday 3 September 2014

Susahnya mencari kerja

Base on tajuk di atas memang aku merasakan sangat susah untuk mencari kerja sekarang. Tambah-tambah lagi kalau kita tinggal di kawasan yang tak berapa nak maju dan kawasan yang kecil.

Cuba kita tengok sekarang ni.berapa ramai graduat yang hidup menganggur. Adakah disebabkan terlalu memilih pekerjaan ataupun gaji yang ditawarkan tak setimpal dengan kerja yang kita lakukan?

Aku kini sedang menghadapi situasi itu sekarang.

Penganggur!!!

Itulah title aku sekarang.

Hmmmmmm....

Bagi akulah kan, kerja aku tak adalah terlampau memilih tapi atleast biarlah kena dengan jiwa aku sikit walaupun tak banyak. Bila lama-lama aku buat kerja tu surela aku jadi suka kan. 

Yup memang kalau kerja yang kita suka kita tak akan kisah dengan semua kerja yang kita lakukan. Tapi janganlah pula ada orang yang ambil kesempatan di atas kerajinan kita itu. Kerja yang diberikan kepada kita terlampau banyak sehingga kerja yang sepatutnya orang lain yang buat kita terpaksa buat.  Kalau sesekali terjadi masih boleh diterima tapi kalau da hari-hari  macam mana. Kepercayaqn diberi kepada kita untuk melakukan itu dan ini tapi gaji? Terasa makin lama makin dibuli.

Memang itu adalah pemikiran negatif. Disebalik negatif itu yang positifnya tetap ada.kita boleh belajar lebih banyak dari orang lain. Kita lebih mengetahui dari orang lain. Tapi....bagi aku semua tu tak berguna jika apa yang kita lakukan dan keputusan yang kita pilih tak memuaskan hati-hati insan yang tak berapa nak mempunyai hati. Stresskan? Memang sangat- sangat stress. Pegi kerja, tengah bekerja dan balik kerja menangis..haha giler cengeng kan.tapi itulah hakikatnya bila hari- hari dimaki dan tak dihormati. Memang aku akui kerja di mana-mana sahaja akan menghadapi stress tapi situasi stress itu mungkin berbeza. Tambah kalau kilau kita bekerja dengan bangsa cina. Dahla tangga gaji pekerja melayu dan cina jurangnya amat besar.kerja pun sama juga. Serik rasanya nak bekerja dengan bangsa mereka lagi.

Hope dapatlah aku bekerja dengan sektor awam. Alhamdulillah exam spa baru-baru ni aku dah lulus.hanya menunggu interview.hope aku berjaya juga. Then coming soon ada exam lagi satu.spa juga tapi pangkat lebih besar. Semoga aku lulus juga. Insyaallah.

Sesungguhnya aku yakin rezeki itu ada di mana-mana dan semuanya sudah dirancang oleh maha esa.

Tuesday 2 September 2014

Isihati

Siapa yang tak suka meluahkan isi hati? Tolong angkat tangan..hehe

Aku ke???

No la. Aku rasa tak ada orang yang tak pernah meluahkan isi hati. Pada aku banyak cara untuk meluahkan perasaan itu sama ada menangis, bercakap dengan seseorang ataupun menulis diari.

Yup, bagi aku menulis diari cara untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati. Aku boleh menulis dan bercerita apa yang aku inginkan.tanpa segan silu. Instead of bercerita dengan kawan. Ada perkara yang perlu dirahsiakan. Tak semua benda boleh dikongsi dan rahsia yang diceritakan kadang-kadang tidak akan menjadi rahsia lagi.

Tapi mempunyai diari bukan penentuan yang rahsia, luahan rasa serta isi kandungannya selamanya terselamat dari simpanan kita. Kalau ia tak disimpan dengan elok, ia akan tetap dibaca oleh orang-orang yang begitu berkeinginan untuk mengetahui kehidupan kita.

Pernah berlaku kepadaku pada suatu ketika di zaman persekolahan. Ketika aku menetap di asrama. Loker ku diselongkar dan diariku telah dicuri oleh kawanku sendiri. Motifnya? Aku sendiri pun tak pasti.mungkin untuk dijadikan bahan ejekan dan mempersendakan aku. Disebabkan kejadian itulah aku serik untuk berdiari lagi. Tak perlu untuk aku kongsikan hati lagi kepada buku yang bernama diari lagi.

Kemudian aku beralih kepada blogging. Yup, salah satu medium untuk aku berkongsi aktiviti aku serta luahan hati aku. Tempat untuk aku mengimbau kenangan. Tapi blog itu juga telah aku deletekan atas sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang terasa sangat menyesal delete blog dulu tapi nasi sudah menjadi bubur. Nukilan aku yang dulu sudah tak dapat untuk aku tatap. Kadang-kadang aku merasa rindu untuk kembali ke waktu-waktu yang pernah aku coretkan itu.

Sekarang, blog ini merupakan blog aku yang baru. Actually bukan terlalu baru just terlalu sedikit cerita yang aku kongsikan di sini instead of yang dulu. Entahlah mungkin sekarang aku merasakan hidup sekarang tak perlu sangat untuk diceritakan kepada orang. Haha bolehke percaya. Xder maknanya.cuma aku je yang tak x ada masa nak berblogging lagi dan kadang-kadang aku malas untuk menaip. Kadang tu pula aku ketandusan idea untuk menulis walhal dalam kepala penuh dengan cerita untuk dikongsi. Hehe..xpe.aku bercerita or tak berceritapun bagi akupun sama saja. Aku juga yang baca blog ni. Nasibla follower tak ada..hihihihi.

Ntah aku faham ke tidak apa yang aku tulisni.main taip je.haha.ni nak puaskan hati sendiri namanya.