Thursday, 4 September 2014

Sawi masak air

Nyumnyumnyum...sedapnya rantah sayur sawi.rasa macam ala-ala sup gitu. Bagi mereka kat luar sana yang rasa nak masak simple-simple je dan tak tahu macam mana nak masak sawi bolehla try resepi ni. Senang dsn ringkas je taw.
Bahan-bahan yang diperlukan. Sukatan terpulang banyak mana yang kita nak makan.
Sawi
Ikan bilis
Bawang putih(mayang)
Lada hitam (tumbuk)
Air
Telur
Cili padi
Garam
Cara menyediakannya.
-Asingkan daun sawi dan batangnya.
-rebuskan air bersama bawang putih,ikan bilis, batang sawi dan lada hitam
-apabila air menggelegak masukkan daun sawi, garam, telur dan cili padi.
-biarkan sebentar dan tutup api.
Sangat senangkan. Tak sampai lima minit da siap. Sedap kalau dimakan panas.
Sayur ni sangat sesuai dimakan oleh orang yang sedang berpantang. Kalau takut nak makan telur tak payahlah.  masukkan. Selamat mencuba.
Pssstt..ni gambar sawi air yang saya masak tadi.

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai