Photobucket

Tuesday 2 September 2014

Isihati

Siapa yang tak suka meluahkan isi hati? Tolong angkat tangan..hehe

Aku ke???

No la. Aku rasa tak ada orang yang tak pernah meluahkan isi hati. Pada aku banyak cara untuk meluahkan perasaan itu sama ada menangis, bercakap dengan seseorang ataupun menulis diari.

Yup, bagi aku menulis diari cara untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati. Aku boleh menulis dan bercerita apa yang aku inginkan.tanpa segan silu. Instead of bercerita dengan kawan. Ada perkara yang perlu dirahsiakan. Tak semua benda boleh dikongsi dan rahsia yang diceritakan kadang-kadang tidak akan menjadi rahsia lagi.

Tapi mempunyai diari bukan penentuan yang rahsia, luahan rasa serta isi kandungannya selamanya terselamat dari simpanan kita. Kalau ia tak disimpan dengan elok, ia akan tetap dibaca oleh orang-orang yang begitu berkeinginan untuk mengetahui kehidupan kita.

Pernah berlaku kepadaku pada suatu ketika di zaman persekolahan. Ketika aku menetap di asrama. Loker ku diselongkar dan diariku telah dicuri oleh kawanku sendiri. Motifnya? Aku sendiri pun tak pasti.mungkin untuk dijadikan bahan ejekan dan mempersendakan aku. Disebabkan kejadian itulah aku serik untuk berdiari lagi. Tak perlu untuk aku kongsikan hati lagi kepada buku yang bernama diari lagi.

Kemudian aku beralih kepada blogging. Yup, salah satu medium untuk aku berkongsi aktiviti aku serta luahan hati aku. Tempat untuk aku mengimbau kenangan. Tapi blog itu juga telah aku deletekan atas sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang terasa sangat menyesal delete blog dulu tapi nasi sudah menjadi bubur. Nukilan aku yang dulu sudah tak dapat untuk aku tatap. Kadang-kadang aku merasa rindu untuk kembali ke waktu-waktu yang pernah aku coretkan itu.

Sekarang, blog ini merupakan blog aku yang baru. Actually bukan terlalu baru just terlalu sedikit cerita yang aku kongsikan di sini instead of yang dulu. Entahlah mungkin sekarang aku merasakan hidup sekarang tak perlu sangat untuk diceritakan kepada orang. Haha bolehke percaya. Xder maknanya.cuma aku je yang tak x ada masa nak berblogging lagi dan kadang-kadang aku malas untuk menaip. Kadang tu pula aku ketandusan idea untuk menulis walhal dalam kepala penuh dengan cerita untuk dikongsi. Hehe..xpe.aku bercerita or tak berceritapun bagi akupun sama saja. Aku juga yang baca blog ni. Nasibla follower tak ada..hihihihi.

Ntah aku faham ke tidak apa yang aku tulisni.main taip je.haha.ni nak puaskan hati sendiri namanya.

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai