Photobucket

Thursday 24 October 2013

Aku Yang Melahirkannya

Alhamdulillah..tanggal 3/10/2013 jam 7.15 PM bertempat di Hospital Teluk Intan, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.1 KG dan panjangnya 51CM. Walaupun bayiku dilahirkan secara pembedahan, namun aku tatap merasa kesakitan orang yang bersalin normal.sungguh..sangat sakit..tidak mampu nak diucapkan dengan kata-kata.ini kerana sebelum aku dimasukkan ke dalam bilik pembedahan, aku terpaksa berhempas pulas dan bertarung nyawa di dalam bilik bersalin selama 8 jam. cuba kawan-kawan imagine, bagaimana sakitnya apabila dimasukkan ubat sakit selama 8 jam tetapi jalan untuk baby ku keluar tidak terbuka. itu belum ditambah lagi dengan kesakitan diseluk oleh lebih dari sepuluh tangan semata-mata untuk membuka jalan peranakkanku selama 8 hari aku di wad. 
Kenapa 8 hari aku di sana? 
Due date untuk aku melahirkan adalah 30/09/2013. Aku telah diarahkan untuk masuk wad pada 29/9/2013. Yang surprisenya pada waktu itu jalan peranakkanku telah terbuka 1cm since seminggu yang lalu.tp sampai aku mendaftarkan diri di ward pun ia masih lagi 1cm. Oh ya, aku kena mendaftar awal di ward tanpa merasa kesakitan dahulu disebabkan time mengandung aku menghidapi kencing manis,Tp bukannay tahap kritikal sehingga dicucuk insulin. Aku hanyalah terpaksa control makan (diabetic diet. sejak hari pertama itulah proses seluk-menyeluk berlaku.perkara yang paling aku tak suka. Terpaksa menyerahkan diri kepada doktor-doktor di sana, tak kisah sama ada mereka perempuan atau lelaki, melayu atau cina atau india.semua ada. seram sejuk dan malu.semua perasaan ada.tapi aku terpaksa menebalkan muka dan merelakan semuanya. 
Hari ke-2 aku di sana. Bukaan masih lagi 1cm.aku dimasukkan ubat untuk menambahkan sakit contraction dan untuk menambahkan bukaan. Dari awal pagi sampai petang aku di dewan bersalin tahap 1. Namun tiada sakit yang aku rasai.apatah lagi untuk menambahkan bukaan. try to imagine betapa tebalnya serviks aku. then aku kembali semula di ward. 
 Hari ke-3. Pagi-pagi lagi aku diseluk untuk dicek bukaan,sekarang sudah 2cm. Doktor membuat keputusan untuk tidak memasukkan ubat untuk kali ke-2 kepada aku.tapi mereka memasukkan belon pada kemaluan aku.aku difahamkan ia juga salah 1 cara untuk menambahkan bukaan serviks. Kawan-kwan pernah dengar tak pasal belon itu? itulah pertama kali aku mendengar pasal belon itu. aku dipakaikan belon itu sehingga belon itu akan tercabut dengan sendirinya atau belon itu pecah. bayangkan 1 hari aku dipakaikan dengan belon itu dan berjalan-jalan dengan belon yang bergayutan di kemaluan aku. hoho..aku juga di nasihatkan untuk berjalan dengan banyak untuk mempercepatkan bukaan itu.Alhamdulillah pagi esoknya lebih kurang pukul 3 pagi belon itu tercabut dengan sendirinya. Then cepat-cepat aku menekan loceng memanggil nurse. Arghh..aku diseluk lagi. kini bukaan betambah lagi 1cm.so sekarang baru 3cm. Hari ke-4. 
Kita sambung next cerita yerk. Bukan apa..terpaksa melayan anak yang tengah meragam.

Salam

~~masa yang menentukan segalanya~~

2 comments:

  1. OMG sis. you make me scared. huwaaaa. camno nak kawen ni. BTW, tahniah for u. Untuk kelahiran pertama ni :)

    ReplyDelete
  2. Terims kasih.jgn takut la.pengalaman masing2 tentu berbeza.

    ReplyDelete

komen anda dihargai