Wednesday, 22 July 2015

Syukur Selalu

Alhamdulillah..
hari ini aku masih bernafas,
hari ini aku masih sihat,
hari ini aku masih dikelilingi oleh insan-insan yang aku sayang,
hari ini aku masih disayang,

Syukur,
dengan rahmat yang telah diberikan,
dengan kesenangan dan rezeki yang dilimpahkan,
mempunyai keluarga yang bahagia,
memahami, berkongsi rasa suka dan duka,
peneman di kala sunyi dan sepi,

hanya ungkapan Alhamdulillah, Allahuakbar kepada Tuhan
merupakan sebaik-baik perancang,
daripadamu aku datang,
kepadamu aku kembali,
semoga aku sentiasa dilindungi dan dirahmati olehmu,
Semoga aku sentiasa dibimbing ke jalan redhamu.
Amin..



~~masa yang menentukan segalanya~~

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai